Soalan Lazim
Bagaimanakan cara saya memuat turun hiasan skrin ?
Anda boleh dapatkan hiasan skrin dengan 3 langkah mudah: pilih hiasan skrin dari kategori di sebelah kanan skrin, ubah suai teks, gaya huruf, saiz dan warna huruf, kemudian muat turun pilihan anda ke dalam komputer.
Bagaimanakah cara untuk memuatkan hiasan skrin pada desktop saya ?
Ada beberapa cara untuk memuatkan hiasan skrin komputer anda, berdasarkan sistem operasi komputer anda.
- Pengguna Windows
-
- Selepas butang muat turun ditekan, sebuah kekotak dialog akan terpapar. Pilih Open File, kemudian klik butang kanan tetikus di atas imej berkenaan dan pilih Set as desktop background.
- Selepas butang muat turun ditekan, sebuah kekotak dialog akan terpapar. Pilih Save as dan simpan imej hiasan skrin dalam komputer anda. Tekan butang kanan tetikus di atas skrin dan pilih Properties, kemudian tekan tab Desktop dan Browse untuk mencari imej yang baru anda simpan.
- Setelah butang muat turun ditekan, sebuah kekotak dialog akan terpapar. Pilih Save as dan simpan imej hiasan skrin dalam komputer anda. Tekan butang Start – Setting – Control panel – Display, pilih tab Desktop dan Browse untuk mencari imej yang baru anda simpan.
- Pengguna Mac
-
- Setelah butang muat turun ditekan, sebuah kekotak dialog akan terpapar. Pilih Open File, klik dan seret imej tersebut ke atas desktop anda. Tekan butang Control papan kekunci anda sambil mengklik tetikus pada kawasan skrin yang kosong. Pilih Change Desktop Background. Cari imej pilihan anda dan klik imej tersebut.
- Selepas butang muat turun ditekan, sebuah kekotak dialog akan terpapar. Pilih Save as dan simpan imej hiasan skrin dalam komputer anda. Tekan butang Control papan kekunci anda sambil mengklik tetikus pada kawasan skrin yang kosong. Pilih Change Desktop Background. Cari imej pilihan anda dan klik imej tersebut.
- Selepas butang muat turun ditekan, sebuah kekotak akan terpapar. Pilih Save as dan simpan imej hiasan skrin dalam komputer anda. Tekan butang System Preferences Display – Desktop – Place Picture, cari imej pilihan anda dan klik imej tersebut.
Bagaimanakah cara untuk mengubah suai hiasan skrin saya ?
Anda baru sahaja memilih hiasan skrin yang anda inginkan. Sekarang anda boleh mengubahsuai teks, gaya huruf, saiz serta warna teks tersebut. Gunakan sahaja pilihan dalam kekotak di sebelah ciri-ciri tersebut. Setelah mengubah sesuatu ciri, klik butang Update dan lihatlah desktop baru anda. Cantik, bukan? Anda boleh membuat seberapa banyak pengubahsuaian yang anda mahu sebelum menekan butang Download.
Bolehkan saya menukar teks dan gaya huruf selepas saya memuat turun desktop?
Anda tidak boleh mengubah paparan desktop setelah menekan butang Download. Tetapi jangan risau! Anda boleh memilih imej hiasan skrin sekali lagi dan buat semula.
Adakah saya perlu membayar untuk penggunaan imej hiasan skrin ini?
Inilah yang seronok! Semuanya percuma, tidak kira berapa banyak hiasan skrin yang anda gunakan. Nikmatilah keseronokan khidmat percuma ini!
